Friday 25 February 2011

Info Menarik Buah Delima



~ dikenali sebagai ar-rumman dalam bahasa Arab

~ disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran

~ buah syurga, antara pokok yang ada di dalam syurga

~ buah diraja

~ berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India

~ dikenali sebagai epal yang berbiji di Perancis

~ hayat pokok yang panjang, boleh hidup sehingga 200 tahun

~ bagi kaum Cina, buah delima melambangkan kesuburan dan panjang usia

~ berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam

Rahsia Penciptaan Buah Delima

ARKIB: 17/06/2008
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.

Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.


(sumber: INSTITUTE OF ISLAMIC UNDERSTANDING MALAYSIA (IKIM))

Utusan Malaysia: Delima dan markisa cerahkan kulit

ARKIB : 06/05/2009


EKSTRAK buah-buahan biasanya digunakan dalam industri kesihatan dan penjagaan kulit kerana buah-buahan kaya dengan vitamin.

Menyedari kebaikan dan khasiat buah-buahan, Sothys mengambil kebaikan daripada khasiat buah delima dan markisa dalam rawatan penjagaan kulit terbarunya.

Rawatan Instant Lightening menggabungkan kebaikan buah delima, buah markisa dan bahan aktif semula jadi yang bertindak dan menampakkan hasil serta-merta, iaitu wajah yang berseri dan kulit yang cerah.
Buah delima yang merupakan pati dalam rawatan ini digunakan kerana kaya dengan vitamin dan kandungan terapeutik.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, buah ini telah dibawa ke China oleh Disnasti Han kira-kira 100 tahun Sebelum Masihi. Ia telah digunakan sejak berabad yang lalu sebagai bahan perubatan tradisional.
Buah yang berasal dari Timur Tengah ini dalam bahasa Perancis dipanggil pomegranate yang bermakna epal yang berbiji banyak. Ia mengandungi efek ekstrogenik, mengurangkan gangguan menopos dan mencegah kanser reproduksi.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima mengandungi bahan anti oksidan (flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat.

Anti oksidan diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas.

Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.

Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

Berbeza dengan agen pencerah yang lain seperti asid askorbik, buah delima mengurangkan jumlah DOPA-positif melanocytes di dalam epidermis kulit yang menghadapi radang ultraungu (UV).

Buah delima juga mempunyai keupayaan bagi memperbaiki tahap kekeringan dan menjadikannya sebagai bahan aktif yang ideal bagi rawatan muka sama ada untuk tujuan mencerah, menyeri, melembap dan anti penuaan.

Sementara itu, buah markisa mengandungi nutrien seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

Pengurus Pemasaran Sothys, Joanne Teo berkata, pada masa ini pengguna mahukan rawatan mencerah yang memberikan kesan serta-merta namun selamat, berbaloi dengan harga yang dibayar, tidak mendatangkan kemudaratan dan boleh dilakukan sekerap mungkin bergantung kepada keperluan kulit. - MERAN

(sumber: Utusan Malaysia -Kesihatan)

Thursday 24 February 2011

Produk Pomepure

POMEPURE 750ml
~ harga runcit: RM140
~ harga ahli: RM108


POMECAFE KOPI DELIMA
~ harga runcit: RM28.90
~ harga ahli: RM25.90
~ 20sachet x 25gm


POMECAFE ORGANIC 314ml
~ harga runcit: RM
~ harga ahli: RM


BERMINAT??
Sila hubungi saya segera...

Pelancaran Produk Baru Pomepure


Pomepure ke udara (KELANTAN FM) sempena pelancaran produk baru iaitu :

~* Pomepure Organik
~* Pomepure Plus Berry
~* Pomecafe

Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Februari 2011
Masa : 4.00 petang 

Tuesday 22 February 2011

100% PERAHAN JUS DELIMA ASLI ~**POMEPURE

TANPA PATI PEKATAN
TANPA SERBUK EKSTRAK
TANPA BAHAN PENGAWET
TANPA PERISA TIRUAN
TANPA TAMBAHAN AIR
TANPA TAMBAHAN GULA
TANPA PENSTABILAN
TANPA PEWARNA TIRUAN

Antara kebaikan dan manfaat Jus Delima Pomepure....
  1. Membantu menguatkan daya tahan fizikal dan menambah tenaga suami isteri
  2. Membantu mengurangkan pembentukan lemak di dinding pembuluh datah dan melancarkan pengaliran darah
  3. Membantu menstabilkan paras kolestrol dalam darah
  4. Membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  5. Membantu menguatkan sistem pencernaan dan usus
  6. Membantu mencantikkan kulit dan awet muda
  7. Membantu mengurangkan paras gula dalam darah
  8. Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  9. Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  10. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  11. Membantu mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  12. Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  13. Membantu merendah dan menstabilkan tekanan darah
  14. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
  15. Membantu mengimbangi sistem hormon wanita dan melancarkan kitaran haid
  16. Membantu membaik pulih fungsi hati dan limpa
  17. Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  18. Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopause
  19. Membantu menghalang perkembangan sel kanser
  20. Dan banyak lagi.... sesungguhnya Delima adalah anugerah Allah yang tak ternilai untuk kita nikmati. InsyaAllah...

Delima Anugerah Ilahi

Firman Allah SWT dalam surah Ar Rahman 66-68 :
“Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus menerus.Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan? Di dalam keduanya juga terdapat buah-buahan,serta pohon-pohon kurma dan delima.”

Dalam sebuah hadis mauquf dan marfu’,Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk dalam buah syurga.
“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam,melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga.Jika terjatuh salah satu daripadanya,maka ambillah.Tidaklah satu biji buah delima masuk kedalam perut seorang muslim,melainkan biji buah delima itu akan meneranginya selama 40 hari.”

Sabda rasulullah SAW,maksudnya :
“Buah delima adalah penghulu buah-buahan.Sesiapa yang makan buah delima,maka syaitan menjadi marah selama 40 hari.Kerana jika syaitan makan buah delima,maka dia akan tidak akn ditakuti oleh seorangpun.”

Harb dan lainnya  meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda,maksudnya:
“Makanlah buah delima berserta minyak dan lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan.”
(HR.Imam Ahmad)

Ibnu Qayyim dalam buku At-Tibb An Nabawi berkata tentang buah delima :
“Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana ia dapat menguatkannya”.

Ali Radhiallahu anhu berkata :
“Berilah makan anak-anak kecilmu buah delima kerana dia mempercepatkan lisan mereka dapat berbicara”.

Ali Radhiallahu anhu berkata :
“Makan buah delima menambah potensi sperma lelaki dan memperbagus anak yang dilahirkan”.